Kiamat yang sering kita dengar dari berbagai sumber memang
kadang-kadang membuat kita takut, bagaimana tidak takut gambaran kiamat yang
sangat menakutkan tentu membuat nyali siapun akan ciut. Sebenarnya kiamat sudah
sering kita saksikan dalam kehipan sehari-hari, seperti kecelakaan lalu lintas
yang merenggut nyawa, adanya pesawat jatuh, adanya pembunuhan yang dilakukan
oleh orang jalim kepada mereka yang tak berdosa, atau bahkan peristiwa yang
sangat menggemparkan dunia yaitu runtuhnya gedung wtc pantegon. Semua itu
merupakan kiamat bagi kita yang merasa kehilangan, namun itu hanyalah kiamat
kecil atau sering kita sebut kiamat suqra.
Lalu apakah kiamat seperti film
yang di buat oleh R. E. sama sekali bukan itu hanya sepenggal kisah yang
terinspirasi dari cerita Nabi Nuh Alaihis salam.
Kiamat yang kita
bicarakan ini adalah kiamat qubra dimana jika terjadi hari kiamat ini maka tak
ada satu makhlukpun yang bisa selamat. Namun untuk mnegetahui kiamat tersebut
bagaimana kita bisa mengenalnya ? haruskan pakai penanggalan suku maya? Oh no!
bukan itu tetapi karena kita umat islam tentu kita sudah tahu apa kira-kira
tanda-tanda hari kiamat itu. Kalo kita
bicarakan hal ini tentu butuh waktu yang sangat panjang namun mari kita lihat
salah satu bukti nyata dari hadist Nabi. Proses hari kiamat itu akan terjadi bila islam
sudah terasa asing bagi orang lain juga bagi pemeluknya sendiri.
a. Lenyapnya pengetahuan tentang agama islam
Islam datang pada masa jahiliyah dalam keadaan yang asing, dan telah
datang masanya di mana islam saat ini dirasakan asing oleh penganutnya. Ketika
baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mula-mula menyebarkan Islam
kira-kira 1400 tahun yang lalu di Mekah, masyarakat Arab jahilliyah ketika itu
juga menganggap bahawa apa yang dibawa oleh Muhammad shallallahu ‘alaihi wa
sallam itu adalah sesuatu yang dagang, pelik, asing dan mereka tidak
menerimanya. Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wa sallam mengajak mereka supaya meninggalkan penyembahan berhala
kepada menyembah Allah yang Esa. Sirah perjalanan hidup dan perjalanan Baginda
shallallahu ‘alaihi wa sallam perlu sentiasa diteliti dan diteladani. Kronologi
perjalanannya yang berpandukan wahyu Ilahi menjadikan Islam satu-satunya agama
yang sesuai dan padan untuk dipraktikkan dalam setiap masa, zaman dan keadaan.
Dalam kegawatan masyarakat arab jahiliyyah dan keruntuhan akhlak yang amat
dahsyat, lahirnya utusan yang digelar Al-Amin, yang bakal merubah segalanya,
dialah Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam yang dicintai. Perjuangan Baginda
shallallahu ‘alaihi wa sallam diawalnya amat perit dan pedih, seribu satu
dugaan dan kecaman terpaksa diharungi oleh Baginda shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersama sahabat-sahabat r.a demi mengeluarkan masyarakat daripada
kegelapan kepada cahaya kebenaran. Pembawakan Islam pada ketika itu jauh
berbeza dengan kehidupan sosial penduduk apatah lagi pembesar-membesar mereka.
Tentangan demi tentangan dilontarkan dek kerana kepelikan ajaran Baginda
shallallahu ‘alaihi wa sallam pada waktu itu.
Permulaan Islam
itu adalah dagang dan asing, bahkan ia akan kembali asing. Baginda saw bersabda
:
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى
للغرباء
Maksudnya: Islam mula
tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka
beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)
Imam ibnu Majah
dalam sohehnya mentakrifkan “Al-gharib” iaitu asing dengan maksud “alba`id an
wathon” iaitu jauh daripada negeri. Dapat difahami di sini adalah islam pada
waktu itu seakan-akan satu ajaran dan budaya baru yang cuba dibawa masuk oleh
Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam kebumi arab yang mana ajarannya tidak ada
yang sama dengan budaya dan adat yang sedia ada malahan bercanggah terus dengan
kehidupan penduduk arab pada ketika itu, walhal ianya adalah cara hidup yang
seafdhalnya. Lumrahnya pastilah dimana-mana tempat sekalipun agak sukar untuk
menerima perkara baru dalam hidup walau kebenaran sekalipun apatah lagi jika
ianya dibawa oleh orang yang tak dikenali dan akan menggugat kedudukan mereka
yang berpangkat. Hasilnya sepertimana telah dijelaskan pada awal mukaddimah di
atas, Baginda saw mendapat tentangan yang hebat terutama dari golongan pembesar
Quraisy yang mempelopor takhta pada zaman tersebut, dakwah hanya Berjaya
dikalangan orang bawahan sahaja.
Namun, keyakinan Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam dan
sahabat r.a. terhadap janji Allah ta`ala mengatasi segalanya. Buktinya, Islam
berjaya menguasai dua pertiga dunia. Kepayahan dan keperitan dilalui baginda saw membuahkan hasil
yang sangat lumayan. Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi
darinya.
Firman Allah : “Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama
Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya.“(Ali-Imran: 19).
Kesyumulan dan
keadilan Islam menjadikan ia realistik dan praktik untuk seluruh umat. Dari
zaman Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam diikuti zaman khulafa`rashidin,
umawiyyah, abbasiyyah dan uthmaniyyah, kesemua zaman ini berjaya menidakkan
dakyah-dakyah kristian dan yahudi. Ulama-ulama`islam bertebaran keseluruh dunia
Islam kini kembali seperti asalnya, seolah-olah agama ini tidak
pernah wujud dimuka bumi ini, Islam sudah tentu dicemuh dan asing dimata
musuh-musuhnya, bahkan lebih dari itu, Islam dianggap asing dikalangan orang
Islam itu sendiri! Apa sudah terjadi ? Begitulah realitinya. Sebahagian
daripada orang islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yang
iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang
sebenar. Seorang yang komitmen dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan
terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat, sebagai contoh kalau
ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada
seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap
tidak sopan dan kurang wajar.
Lenyapnay pengetahuan tentang agama islam dan pengamalannya, adalah suatu bencana, lihat upaya orang orang
yang tidak suka islam, selalu membantai warga islam menjalami, membunuh,
merampas hak-hak meraka. Ingatlah bahwa semakin mundurnya islam, semakin
hilangnya ilmu tentang islam, semakin sedikitnya orang melakukan amalan shaleh,
semakin sedikitnya ulama shaleh, Maka Kiamat itu semakin dekat.
b. Datangnya Zaman tak berhati nurani, coba saudara lihat betapa
kejamnya mereka membatai orang-orang yang tak berdosa, mereka kobarkan perperangan,
pembunuhan pertumpahdarahan, manusia tak behati nurani.
c. Datangya kaum yang lebih jahat daripada kaum sebelumnya.
d. Perang tak terhindarkan,,, irak, palistine sebagai contoh nyata.
e. Tiada waktu tanpa dosa
f. Perbuatan tidak sesuai dengan perkataan.
g. Suatu masa orang lebih sibuk mengurus urusan orang lain.
h. Muncul kekacauaan
Sumber
Alquran Alhuda Tiga Bahasa Jakarta Gema Insane Press
Rofiin M. 2011 Ramalan-ramalan nibi yang sudah menjadi kenyataan
Jakarta Najah
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.
BalasHapus